
KHAS BUAT PARA PENCINTA ILMU KESUFIAN:
DAURAH KITAB GERBANG MERAIH CINTA ILAHI KARANGAN ASAL SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI
Dalam menjalani proses tazkiatun nafs (penyucian rohani) , para murid dan salik (orang yang berjalan kepada Allah) memerlukan suatu kaedah dan panduan yang benar supaya perjalanannya benar-benar sampai kepada Allah dan mencapai maksud tujuan. Manakala proses ini memerlukan suatu panduan daripada ahlinya dalam memperoleh kaedah yang sebenarnya.
Al-Arif BillahSyeikh Abdul Qadir al-Jailani merupakan seorang tokoh sufi terkemuka , guru sekalian para Auliya & tokoh sufi lain, sekaligus disebutkan sebagai Sultanul Auliya'. Syeikh Abdul Qadir al Jailani telah meninggalkan suatu manhaj yang berharga , dan ianya telah diwariskan kepada para pencinta Allah & Rasul. Karya yang akan dibahaskan nanti, pasti akan memberikan suatu pencerahan & kefahaman terhadap ilmu kesufian yang sebenarnya. Sekaligus menyaksikan kehebatan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
Dengan itu, dijemput kepada semua pencinta ilmu sufi & hakikat untuk bersama-sama mendengar , mempelajari & mendapatkan sendiri kemanisan ilmu ini daripda tokoh yang tidak asing dalam dunia kesufian.
DAURAH KITAB:
KITAB GERBANG MERAIH CINTA ILAHI.
DISYARAHKAN OLEH:
SIDI SULTAN MUJAHIDIN AZ AZHARI AS-SYAZULI
TARIKH:
28 JANUARI 2023
MASA :
9 PAGI - 5 PETANG
ONLINE :
ZOOM (TERHAD 300 ORANG SAHAJA)
YURAN / HIBAH:
RM100 SAHAJA
( Untuk daurah , kitab & hibah kepada asatizah dan pengurusan)
EARLY BIRD:
RM70 SAHAJA
(Terhad kepada 30 orang pertama)
CARA DAFTAR :
SILA TERUSKAN SCROLL KE BAWAH DAN PILIH DAFTAR DAURAH KITAB, KEMUDIAN BOLEH BERIKAN SUMBANGAN UNTUK MAJLIS.
PANDUAN :
1. Pilih sama ada daftar berkitab, atau tidak sekiranya anda sudah ada kitab.
2. Buat pendaftaran dengan isi detail yang diminta
3. Tekan Pembayaran
4. Tekan HANTAR.
PERHATIAN
kitab akan diposkan sebaik pendaftaran dibuat, kos postage sudah disertakan.
SELEPAS DAFTAR :
Sila lihat emel untuk dapatkan link group whatsapp peserta daurah.
TERIMA KASIH.