
KHAS BUAT PARA PENCINTA ILMU KESUFIAN:
DAURAH KITAB HIKAM AL IMAM JUNAID AL BAGHDADI.
عِنْدَ ذِكْرِ الصَّالِحِينَ تَنْزِلُ الرَّحْمَةُ
"Ketika disebutkan nama orang-orang soleh, akan diturunkan rahmat"
Al Imam Junaid merupakan salah seorang tokoh Sufi teragung sepanjang zaman, tergolong dalam, kalangan orang soleh, wali dan telah pun menjadi rujukan para perindu Tuhan. Al Imam Junaid telah menjadi simbol kebaikan dan rahmat dalam lautan ilmu Sufi. Beliau telah mencorak dunia Peradaban Sufi sepanjang lakaran sejarah ilmu tasawuf sehinggakan beliau sering mendapat pujian oleh ulama dan tokoh pada dan selepas zamannya.
Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal seimbang dalam kesempurnaan syariat dan hakikat. Namun, kalam hikmah beliau sering mempersonakan jiwa seorang hamba, menyemarak qalbu dengan cinta kepada Allah, membasahi hati menangis rindu dan takut kepada Nya dan sering membuka kefahaman pada rohani mereka yang ingin mengerti. Mereka yang mengamati kalam Imam Junaid pasti akan mendapat siraman rohani dan merasai kesannya.
Lebih menarik, kita akan mendengarkan dengan kupasan yang lebih mendalam tentang Hikam Al Imam Junaid ini daripada seorang ahlinya , Sidi Syeikh Sultan Mujahid As-Syazuli al Azhari. Segala nasihat, perkataan yang baik serta kalam hikmah al Imam Junaid telah dihimpun buat para peminat ilmu Sufi dan para Salik. Disusun dengan mudah , ringkas dan padat dengan maksud menonjolkan kehebatan Hikam al Imam Junaid al Baghdadi. Sebanyak 66 judul tajuk disusun di dalam Hikam ini dengan pelbagai untaian mutiara yang bergemerlapan.
Dengan itu, dijemput kepada semua pencinta ilmu sufi & hakikat untuk bersama-sama mendengar , mempelajari & mendapatkan sendiri kemanisan ilmu ini daripada tokoh yang tidak asing dalam dunia kesufian. Semoga dengan membaca , mendengar dan mengkaji kalam hikmah al Imam Junaid akan memberikan kebaikan kepada jiwa kita semua.
DAURAH KITAB:
KITAB HIKAM AL IMAM JUNAID
DISYARAHKAN OLEH:
SIDI SULTAN MUJAHIDIN AZ AZHARI AS-SYAZULI
TARIKH:
25 JUN 2023
MASA :
9 PAGI -1 PETANG
ONLINE :
ZOOM (TERHAD 300 ORANG SAHAJA)
YURAN / HIBAH:
RM90 SAHAJA
( Untuk daurah , kitab & hibah kepada asatizah dan pengurusan)
EARLY BIRD:
RM79 SAHAJA
(Terhad kepada 50 orang pertama)
CARA DAFTAR :
SILA TERUSKAN SCROLL KE BAWAH DAN PILIH DAFTAR DAURAH KITAB, KEMUDIAN BOLEH BERIKAN SUMBANGAN UNTUK MAJLIS.
PANDUAN :
1. Buat pendaftaran dengan isi detail yang diminta . Semua pendaftaran akan mendapat kitab.
2. Tekan Pembayaran
3. Tekan HANTAR.
PERHATIAN
kitab akan diposkan sebaik pendaftaran dibuat, kos postage sudah disertakan.
SELEPAS DAFTAR :
Sila lihat emel untuk dapatkan link group whatsapp peserta daurah.
TERIMA KASIH.