
KHAS BUAT PARA PENCINTA ILMU KESUFIAN:
GRAND DAURAH BERSAMA SIDI SYEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI AL BANTANI
&
PROF MADYA DR ABDUL MANAM
DAURAH 1
KITAB: AT-TAMYIZ BAINAL FIQH WA TASAWWUF
(PERBEZAAN YANG MENGHAMPIRI / PERKAITAN ANTARA FIQH DAN TASAWWUF
PEMBIMBING: SIDI SYEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI AL BANTANI
Di dalam daurah 1 ini, peserta akan dapat memahami perkaitan antara ilmu Fiqh& Tasawwuf yang hakikatnya saling berkaitan. Sekaligus membetulkan kefahaman sesetengah pihak yang menganggap ilmu fiqh itu tidak ada kaitan dengan tasawwuf, bahkan ada dalam kalangan mereka yang memperlekeh ilmu masing-masing. Maka daurah ini akan meluruskan kefahaman songsang yang merbahaya kepada pemikiran awam khasnya dan seterusnya membuatkan kita lebih menghayati amalan fiqh yang tiada terpisah dengan penghayatan tasawwuf.
Waktu: 30 Disember 2023
Masa: 9-11 Pagi
Lokasi: Atas Talian (ZOOM)
Hibah beserta kitab: RM50 sahaja.
DAURAH 2: (SAMBUNGAN SIRI 3)
KITAB: NIHAYATUL MATHLUB LI TASHFIATU AL QULUB
PEMBIMBING: PROF MADYA DR ABDUL MANAM
Perkembangan tarekat & ilmu kesufian telah berakar umbi dan mendasar ke seluruh Nusantara dan dunia. Para Ulama Sufi telah menjalankan tarbiah kepada masyarakat dan ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan penulisan dan kitab yang berharga sebagai panduan.
Di antara Ulama Sufi yang telah banyak berjasa di antaranya ialah Syeikh Mohd Wan Sulaiman bin Wan Siddiq dan kitabnya Nihayatul Matlub Li Tashfiatul Qulub.
LATAR BELAKANG SYEIKH WAN MOHD SULAIMAN BIN WAN SIDDIQ
Beliau merupakan seorang Mursyid bagi Tarekah Naqsyabandiah Mujaddidiah, Syeikhul Islam Kedah. Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiqi merupakan ulama yang hidup di akhir kurun ke 19 dan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1874M bersamaan 1291H di Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, Daerah Kota Star.
Senarai ulama dunia Melayu di Mekah yang pernah menjadi guru kepada Wan Sulaiman ialah:
1 - Syaikh Faqir Muhammad Andakhuri al-Bukhari (wafat pada 19 Rabi`al-Awwal 1321 / 14 Jun 1903 di Taif. Dari beliaulah Syaikh Wan Sulaiman baiah thariqat Naqsyabandiyah Mujaddidiyah Ahmadiah)
2 - Syaikh Muhammad Zainuddin Sumbawa (wafat pada 3 Mei 1895)
3 - Syaikh Muhammad Khayyat (merupakan seorang ulama terkemuka di Masjidil Haram. Ketika Syaikh Wan Sulaiman menjadi Qadhi Besar Kedah, beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Islam Kedah yang pertama. Beliau wafat di Pulau Pinang pada tahun 1915M)
4 - Syaikh Muhammad Amin Ridwan (mengajar di Masjid Nabawi di Madinah)
5 - Syaikh ‘Ali Surur bin Muhammad az-Zawawi al-Makki al-Mazhari
6 - Syaikh Hasan al-Ja’fari as-Saidi
7 - Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani
8 - Syaikh Wan Ali al-Kalantani
9 - Syaikh Ahmad al-Fathani
10 - Syaikh Daud bin Mustafa al-Fathani
11 - Syaikh Ahmad Lingga
12 - Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau dan ramai lagi.
Dengan itu, dijemput kepada semua pencinta ilmu sufi & hakikat untuk bersama-sama mendengar , mempelajari & mendapatkan sendiri kemanisan ilmu ini daripada tokoh yang tidak asing dalam dunia kesufian. Semoga dengan membaca , mendengar dan mengkaji kitab ini akan memberikan kebaikan kepada jiwa kita semua.
Untuk bacaan lebih lanjut ; Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidik: Mutiara Dari Bumi Kedah - The Patriots
DAURAH KITAB:
Nihayatul Matlub Li Tashfiatul Qulub
Kandungan Kitab :
- Tujuan Mengamalkan Tarekat Ahli Sufi
- Tarbiyah , Riyadah dan Mujahadah
- Suhbah (Rabithah)
- Zikir (Sirr & Khafi)
- Uzlah
- Munajat
- Latifah
- Tahlil Lisan
- Muraqabah
DISYARAHKAN OLEH:
Prof Madya Dr Ustaz Abdul Manam Bin Mohamad
( Ahli Jilsah Turuq Sufiah Negeri Sembilan , Panel Pakar Tasawuf JAKIM , Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu)
TARIKH:
30 Disember2023
MASA :
9 MALAM -11 TENGAH MALAM
ONLINE :
ZOOM
YURAN / HIBAH:
RM79 SAHAJA
( Untuk daurah , kitab & hibah kepada asatizah dan pengurusan)
CARA DAFTAR :
SILA TERUSKAN SCROLL KE BAWAH DAN PILIH DAFTAR DAURAH KITAB, KEMUDIAN BOLEH BERIKAN SUMBANGAN UNTUK MAJLIS.
PANDUAN :
1. Buat pendaftaran dengan isi detail yang diminta . Semua pendaftaran akan mendapat kitab.
2. Tekan Pembayaran
3. Tekan HANTAR.
PERHATIAN
kitab akan diposkan sebaik pendaftaran dibuat, kos postage sudah disertakan.
SELEPAS DAFTAR :
Sila lihat emel untuk dapatkan link group whatsapp peserta daurah.
TERIMA KASIH.